Wisma Ungku A. Aziz, Jln SS6/1, 47301 Kelana Jaya +603 7802 2400 apex@angkasa.coop

Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Ke-36 (MAPA 2022) akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 28 Mei 2022 (Sabtu)

Masa: Bermula jam 9:00 pagi

Tempat / Kaedah: Aplikasi Tele-Conferencing Zoom Meeting

Sehubungan dengan itu, semua perwakilan dikehendaki mendaftar diri untuk menyertai Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Ke-36 (MAPA 2022) secara dalam talian pada 27 Mei 2022 bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan menggunakan pautan https://www.sola.my/mapa/ dan KATA LALUAN untuk menyertai MAPA 2022 akan diperolehi setelah pendaftaran dibuat.

Perwakilan hendaklah menggunakan pautan yang sama bagi pengundian MAPA 2022 dengan memasukkan KATA LALUAN yang akan diberi semasa agenda pengundian dijalankan. Perwakilan adalah diingatkan menggunakan nombor telefon bimbit yang didaftarkan semasa hari pendaftaran.

Perwakilan boleh memuat turun Notis Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA dan Buku Laporan seperti pautan di bawah:

Bil. Perkara Muat turun
1. Notis Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Klik di sini 
2. Buku laporan Klik di sini 
3. Pautan Pendaftaran Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Ke-36 (MAPA 2022) Klik di sini

*Tertakluk kepada sebarang pindaan

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT

Unit Pengurusan Mesyuarat

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)

Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Tel : +03-7884 6453 / 6463 atau +03-7800 7884    |   Email : mesyuaratagung.angkasa@gmail.com